review shopping secara online #1

Assalamualaikum

disini aku ada nak review beberapa kedai/butik yang menjual pelbagai keperluan secara alam maya.. ada yang mempunyai kedai/butik..tak cukup masa untuk keluar, boleh usha2 secara online..nak lagi puas, pergi kedai/butik tu dan lihat sendiri dan shopping sampai puas hati ^_^

walaupun diri ini tidak suka shopping secara online, tetapi aku selalu "window shopping" dekat butik/kedai tersevut..geram jugak tgk cantek2..

1. ASHAFANIE COLLECTIONS
Menyediakan perkhidmatan tempahan keychain, pin tudung, headband, casing hanphone/pendrive, mini pillow dan macam-macam lagi.. boleh dijadikan sebagai door gift untuk apa-apa majlis, cenderahati ataupun hadiah kepada someone..menerima tempahan secara runcit dan juga borang.. senang sahaja, PM/SMS/CALL tuan punya business.


2. HS BARAKAH TRAIDING
Kedai ini menjual pelbagai jenis tudung, seperti tudung bawal polkadot, tudung bawal 1 tone, tudung bawal 2 tone, tudung bawal 3 tone, tudung bawal akel, tudung bawal matahari, tudung bawal roses, tudung layer (ala-ala tudung fareeda) dan macam2 lagi.. kedai ini turut menjual pelbagai produk kecantikan.. selain itu, kedai ini juga menyedikan tempahan dan sewa hantaran pengantin.. berdasarkan pilihan dan keinginan anda sendiri.. nak puas hati boleh datang ke kedai HS Barakah Traiding. terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan..yang tgh dlm perancangan nak kawen tu, xpayah pening2 fikir pasal hantaran..pergi je ke HS Barakah Traiding


3. BUTIK FIQ'RA
Butik ni menjual pelbagai jenis tudung, inner bawal, inner jersey, t-shirt muslimah dan pelbagai jenis pakaian terutamnya untuk wanita..memang laku hasil jualan butik ni..selalu restock.. wahai si lelaki. boleh juga nak shopping dekat Butik Fiq'ra..boleh beli untuk mak/aunty/nenek/isteri/kawan sebagai hadiah ke

4. ASHANIM DREES LAB
Butik ni memang meletop habis.. ramai betul penge"like" page tu.. pelbagai jenis fesyen terkini seperti peplum yang tengah hangat dipasaran.. tambah-tambah lagi model dia cantik orangnya.. boleh dapatkan peplum, dress, baju kurung,shawl, skirt & pelbagai lagi..semua koleksi dari Ashanim Dress Lab cantik belaka.. sangat cantik! aku hanya mampu "jamu mata".. fulus tak seberapa untuk shopping sakan.. Ashanim Dress Lab ada butiknya sendiri di Shah Alam, Selangor..

5. MARISSA SHOPPE
Marissa shoppe menjual secara online dan ada kedai dekat Seksyen 20.. kedai ni menjual pelbagai barang untuk bayi dan juga kanak-kanak.. geram betul tgk koleksi Marissa Shoppe.. comel2.. untuk ibu-ibu di luar sana, boleh lah menjengah ke Marissa Shoppe.. tak perlu penat-penat pegi kedai.. boleh beli secara online di Marissa Shoppe.. diri ini belum ada anak sendiri, tapi suka baby.. sbb tu suka usha-usha dekat sini

mari mari jamu mata anda..
 happy shopping!


#kalau sempat, akan review lagi 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...